Saya memandang berat tuduhan Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Bersatu mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO.

Tindakan beliau menyebut “setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000” tidak dapat diterima sama sekali.

Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini.

Saya menuntut Dato’ Dr Asyraf memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta merta.

Saya juga akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal ini.

Wan Saiful Wan Jan
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
2 Januari 2021