1. YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keutamaan kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan tidak berpolitik. Belanjawan ‘Prihatin’ yang lulus bukti keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap rakyat.

2. BERSATU Sarawak memberi sokongan padu kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan kerajaan negeri serta mahu membantu memberi kemenangan dengan lebih selesa kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-12.

3. Saya memegang teguh prinsip ‘politics of service’ @ Politik Khidmat yang telah diterapkan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai contohnya insentif yang telah diwujudkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi dalam usaha meningkatkan pembangunan koperasi demi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat setempat. Usaha beliau untuk membangunkan koperasi di rumah ibadah di Sarawak adalah amat terpuji kerana ia mampu membantu meningkatkan sosio ekonomi setempat malah perlu diperluaskan di seluruh negara.

4. Fokus BERSATU adalah dalam usaha mencapai Dasar Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan Gerakan Politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, kerana rakyat menilai usaha Kerajaan. Kerja utama adalah menumpukan sepenuhnya kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

5. Memberi kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan dalam usaha dan kerjasama pemimpin parti-parti politik kerajaan supaya rakyat terus terasa terbela.

6. Banyak yang harus ditumpukan dalam masa terdekat dan jangka masa pendek ini, seperti masalah bencana banjir dan covid-19. Rakyat tidak mahu mendengar masalah politik malah lebih mahukan kesejahteraan mereka terjamin.

YB Senator Jaziri Alkaf Suffian

Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sarawak