Kuala Lumpur, 5 Jan —  Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berkeyakinan bahawa tokoh-tokoh yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri akan dapat menyegerakan program dan aktiviti atas nama PN di seluruh negara.

“Ini adalah bagi memastikan agar rakyat dapat melihat sendiri budaya prihatin dan khidmat yang ditawarkan oleh PN.,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini

Wan Saiful turut berharap pelantikan ini akan membolehkan PN bergerak dengan lebih lancar dan cekap.

“Pengerusi-Pengerusi yang dipilih adalah jelas dari kalangan mereka yang berwibawa dan berkemampuan,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik.

Senarai Pengerusi PN negeri adalah seperti berikut :-

JOHOR
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin

TERENGGANU
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar

SELANGOR
YB Dato’ Seri Mohammad Azmin Bin Ali

KELANTAN
YAB Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob

PERAK
YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Hj Azumu

KEDAH
YAB Hj Muhammad Sanusi Bin Md Nor

SABAH
Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Bin Hj Noor

PAHANG
YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah

NEGRI SEMBILAN
YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith

PULAU PINANG
YB Datuk Hj Shabudin Bin Yahaya

PERLIS
YB Mohd Shukri Bin Ramli

MELAKA
YB Datuk Mohd Rafiq Bin Naizamohideen

SARAWAK
YB Senator Jaziri Alkaf Bin Abdilah Suffian

WILAYAH PERSEKUTUAN
YBhg Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Bin Yahya