Kenyataan bersama oleh 14 Ahli Parlimen Pembangkang bertarikh 5 Januari 2021

Malaysia telah mencatatkan sejumlah 1741 kes baharu positif Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 120,818. Beberapa negeri pula kini dilanda banjir yang buruk dan sehingga kini lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia telah dipindahkan. Peningkatan jumlah pengangguran terkini dan penyusutan pendapatan kepada banyak keluarga semasa tempoh pandemik ini semakin membimbangkan. Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh UMNO menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini.

Bulan lalu, Parlimen baharu sahaja meluluskan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion – belanjawan terbesar dalam sejarah negara yang kononnya untuk memerangi Covid-19.
Hampir 3 minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, UMNO mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Mereka telah memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar.

Semua ini mengingatkan kita kepada perkara ini – Najib Razak pernah menggesa ahli-ahli UMNO mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun dengan berkata; “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”. Rakyat Malaysia mesti menolak cita-cita jahat dan sikap mementingkan diri demi kuasa. Kita telah cukup banyak kehilangan masa bertahun-tahun akibat salah laku pentadbiran dan rasuah.

Negara ini perlu segera dirawat dan masa untuk merawatnya adalah sekarang!

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar, mantan Menteri Belia dan Sukan)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut, mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri, mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau, mantan Menteri Kerja Raya)
7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh, mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu, mantan Timbalan Menteri Kewangan)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, mantan Timbalan Menteri Pendidikan)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud, mantan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
12. Marzuki bin Haji Yahya (Senator, mantan Timbalan Menteri Luar Negeri)
13. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena, mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia)
14. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam, mantan Menteri Wilayah Persekutuan)