JERLUN 9 Jan. – BERSATU dan Srikandi Jerlun telah menyalurkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada 50 keluarga  di kawasan ini bagi persediaan sesi persekolahan baharu. 


Program Penyerahan Kupon Kembali ke Sekolah yang diadakan di pekarangan Pejabat BERSATU Jerlun itu turut dihadiri Ketua Bahagian BERSATU Jerlun, Abdul Ramli dan Ketua Srikandi Jerlun, Sodah Md Seman. 


Abdul Ramli berkata, bantuan ini adalah inisiatif bagi meringankan beban ibu bapa dalam persediaan sesi persekolahan anak-anak.


“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa untuk membeli peralatan sekolah seperti alat tulis, kasut dan baju seragam sekolah,” katanya.