KANGAR,10 Jan.- Srikandi Bersatu Perlis semalam menganjurkan program Taklimat Gerak Kerja Sri 10 dan Data Pemilih.

Pengerusi Sri 10 Nasional, Jawahir Husein berkata, objektif program berkenaan bertujuan memberi taklimat gerak kerja Srikandi di kawasan itu.

“Selain itu, program yang dihadiri  60 peserta itu juga bertujuan membuat kajian mengenai sikap pengundi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang hadir di program ini dan menunjukkan kesediaan mereka untuk masa hadapan,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pengerusi Data Pemilih, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad, Pengarah War Room BERSATU,, Dato’ Yadzan Mohammad, Ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa BERSATU dan Armada Perlis.