KUALA LUMPUR 14 Jan.- Sumbangan lebih RM6,000 telah disampaikan kepada 151 orang masyarakat India di Parlimen Setiawangsa sempena Pesta Ponggal di Setapak dekat sini pada 12 Jan lalu.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Setiawangsa, Mohd. Ikhmal Abu Bakar berkata, sambutan itu adalah baik untuk keharmonian masyarakat di kawasan itu.

“Kita tidak boleh menghalang seseorang untuk komited dalam hal agama dan kebudayaan kerana ia dapat membentuk masyarakat di negara ini,”

“Saya berharap sumbangan ini mampu menceriakan mereka ketika negara dilanda pandemik Covid-19,” katanya di sini.

Selain itu, beliau turut memperingatkan penduduk tentang pematuhan SOP dan jangan gusar dengan darurat yang diisytiharkan.

Sementara itu,  Pengerusi BINA Setiawangsa, Zulkifli Yusoff berkata, pihaknya diberi amanah untuk menjayakan program tersebut dan akan membantu semampu boleh untuk memantapkan hubungan masyarakat di sini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Prihatin Setiawangsa, Sivakumar Murugan.