Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Perikatan Nasional peringkat Negeri Johor (mesyuarat secara maya) buat julung kali. 

Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin. Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Bin Husin yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Johor.


Mesyuarat membincangkan soal pembentukan jawatankuasa utama Perikatan Nasional peringkat Negeri Johor. Selain itu, fokus utama perbincangan lebih tertumpu kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Negeri Johor.

Apatah lagi, dalam keadaan negara sedang dilanda Covid-19 dan Negeri Johor antara yang terkesan dengan bencana banjir. YAB Tan Sri Pengerusi menegaskan kepada semua pimpinan Perikatan Nasional Negeri Johor agar terus fokus dalam membantu rakyat.


Sekian.


YB DATO’ DR. SAHRUDDIN BIN HJ JAMAL
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PERIKATAN NASIONAL NEGERI JOHOR

BADAN PERHUBUNGAN PERIKATAN NASIONAL NEGERI JOHOR

PENGERUSI
YAB TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN

NAIB PENGERUSI
USTAZ HJ. ABDULLAH BIN HUSIN

NAIB PENGERUSI
YB SENATOR IR. HJ. NASIR BIN HASHIM

SETIAUSAHA
YB DATO’ DR. SAHRUDDIN BIN HJ. JAMAL

PENOLONG SETIAUSAHA
AHMAD AL JOHARI BIN MOHD YUSOF

BENDAHARI & PENGARAH PILHANRAYA
YB DATUK DR. HJ. ABD LATIFF BIN AHMAD

KETUA PENERANGAN
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL

KETUA WANITA
PN. HJH. AZLINDA BINTI ABD LATIF

NAIB KETUA WANITA
USTAZAH FATIMAH BINTI ISMAIL

KETUA PEMUDA
USTAZ AHMAD NAWFAL BIN DATO’ HJ. MAHFODZ

NAIB KETUA PEMUDA
MOHD SHAMSUDDIN BIN PAIJAN

AHLI JAWATANKUASA
YB TN. HJ. SOLIHAN BIN HJ. BADRI
YB DATO’ OSMAN BIN SAPIAN
DATO’ HJ. MOHD RASHID BIN HASNON PROF. MADYA DR. HAJI MOHD MAZRI BIN YAHYA TN. HAJI ROSLAN BIN NIKMAT
YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP