TENGKERA 24 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parlimen Kota Melaka kini giat meneruskan program Ziarah Prihatin bagi memastikan masyarakat setempat dapat dibantu dan dibela sepenuhnya.

Setiap minggu program berkenaan yang juga mendapat kerjasama Perikatan Nasional (PN) terus berjalan walaupun dalam skala kecil.

Pada masa sama setiap program BERSATU dipastikan tetap mengikut prosedur standard (SOP) bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam program hari ini sahaja sebanyak dua keluarga diziarahi iaitu di Tengkera dan Melaka Raya.

Program itu dketuai Ketua BERSATU Bahagian Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan disertai Ketua Cawangan Tengkera, Azhar Hamid, Armada dan Srikandi.

Hishamuddin memberitahu, sejumlah bantuan hasil sumbangan BERSATU dan PN dihulurkan bagi meringankan beban dua keluarga berkenaan.

Sumbangan itu meliputi barangan makanan, lampin pakai buang dan barangan keperluan lain.

Dua buah keluarga terbabit dikategorikan sebagai keluarga susah termasuk yang di Tengkera mempunyai anak orang kurang upaya (OKU).

Hishamuddin berkata, pihaknya melalaui cawangan-cawangan BERSATU sentiasa dari semasa ke semasa mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan mengenai isu rumah yang memerlukan bantuan.

“Harapan kami agar dapat terus membantu penduduk yang memerlukian bantuan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.