KUALA LUMPUR 26 Jan.- Program Kasih anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai yang mendapat sambutan masyarakat setempat, diterus dan diperluaskan lagi.

Ketua BERSATU Bahagian Lembah Pantai, Ir. Zainal Ariffin Osman berkata,  program menyantuni penduduk dan ramah mesra itu kini memasuki siri ketujuh.

Katanya, siri terbaharu program itu menyantuni penghuni kondo rakyat dalam Cawangan Pantai Hill Park.

“Di samping beramah mesra, BERSATU Lembah Pantai turut menyampaikan bantuan ‘foodbank’ dan juga daging segar kepada lebih 40 orang penerima.

“Penerima terdiri daripada warga asnaf dan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Jelasnya, walaupun masih dalam PKP tetapi BERSATU Lembah Pantai berjaya mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara untuk meneruskan program itu.

“Program ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta dipantau oleh pasukan polis,” katanya.