zarief

JOHOR BAHRU 28 Jan. –  Dalam suasana kita menghadapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya akan ada insan yang tersepit dalam kesusahan.

Pelbagai luahan yang didengar dari rakyat apabila pandemik Covid-19 melanda negara. Rata-rata mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada pendapatan kerja harian atau ihsan orang lain.

Malah, ada juga yang hilang sumber pendapatan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baharu.

Inisiatif anak muda dari Johor Bahru iaitu Zarief Halid selaku Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru sentiasa peka dan mengambil berat tentang perihal masyarakat setempat lebih-lebih lagi kini berada dalam fasa PKP 2.0.

Baru baru ini beliau menerima satu berita seorang anak muda di Skudai amat memerlukan bantuan alat perubatan untuk ibunya yang sedang sakit.

Anak muda itu, Alif Daud, 27, meluahkan;  “Saya kini hilang pendapatan setelah tiada lagi kerja dan tiada sumber untuk membiayai perubatan ibu saya”.

Mendengar luahan itu, Zarief terus bergegas ke rumah anak muda itu dan mendapati ibu mangsa,  Aminah Togimin, 74, mengalami penyakit lelah dan memerlukan  bantuan pernafasan setiap bulan.

Selain itu, pihak Armada Bahagian Johor Bahru juga berusaha mendapatkan dana bantuan bulanan dari saluran tertentu dengan harapan dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

Zarief berharap orang ramai juga dapat terus membantu keluarga malang itu.

”Armada akan turus membantu sedaya upaya yang mampu,” katanya.

Sebarang bentuk bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi saudara Zarief Halid 0127948091