armadajohor

Isnin 1 Februari – Pimpinan ARMADA Negeri Johor hari ini telah membuat satu inisiatif bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

Kepimpinan Armada Johor itu telah menyediakan beg bantuan runcit sebanyak 350 untuk diagihkan ke seluruh Bahagian di Negeri Johor.

Proses persiapan ini diadakan di Taman Cendana, Pasir Gudang dengan bantuan ahli ARMADA Pasir Gudang dan Ketua-ketua Armada Johor yang terdekat termasuk Ketua Armada Johor Bahru, Muhamad Fairuz Mohd Idris dan Ahmad Muzzaffa Shah Bin Bakhtiar Shah yang merupakan Ketua Armada Bahagian Sembrong.

Sikap bantu-membantu di kalangan pasukan Armada Negeri Johor dalam menjaga kebajikan sesama mereka dilihat sebagai satu kekuatan dan sangat dihargai oleh ahli parti.

Beg Bantuan tersebut akan terus diagihkan ke setiap Bahagian agar dapat memudahkan usaha bersama membantu ahli ARMADA di Bahagian-bahagian negeri Johor.

Dengan bantuan yang berterusan seperti ini, kepimpinan Armada negeri mahukan semua ahli mereka terus kekal aktif dalam menjaga kebajikan Armada dan masyarakat umumnya.