Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan penyertaan parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dalam Perikatan Nasional (PN) secara rasmi dan menyifatkan GERAKAN bakal membuka lembaran baru dalam landskap politik negara.

Dengan keahlian berbilang bangsa, penyertaan parti GERAKAN dalam keluarga besar PN mencerminkan keterbukaan serta komitmen berterusan PN menerajui kepimpinan negara yang berbilang kaum.

Semoga penyertaan ini akan meluaskan lagi politik khidmat bakti PN dan memberikan impak yang positif terhadap dasar-dasar PN membela rakyat serta memajukan negara.


DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan BERSATU