JERTEH 15 Feb. – Sebanyak 100 orang kebanyakannya bekas ahli PKR memohon menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putra di sini dalam Parlimen Besut.

Majlis penyerahan borang keahlian itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Wahid.

Turut hadir Ketua BERSATU bahagian, Mohd. Husaimi Hussin dan timbalannya, Dato’ Wan Mohd. Ariff Rashiddin.

Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Besut, Amran Ramli berkata, kebanyakan pemohon itu terdiri daripada bekas ahli PKR.

“Turut memohon menjadi ahli ialah dari kalangan mereka yang belum menyertai mana-mana parti politik.

“BERSATU bahagian turut berterima kasih atas usaha ahli BERSATU, Sudirman Hassan yang berjaya mengumpul ahli-ahli baharu,” katanya.