KUALA LUMPUR 18 Feb. – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mahu kerajaan memberi dua perhatian utama untuk diselesaikan iaitu melibatkan isu tanah rizab Melayu dan ekonomi orang Melayu.

Menurutnya, ISMA berpandangan sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah drastik kerana dua isu itu melibatkan masa depan dan pembangunan orang Melayu sendiri.

Jelasnya, tanah rizab orang Melayu kini dikatakan semakin terhakis atau berkurangan berikutan perkembangan semasa.

“Kerajaan perlu mengkaji semula kedudukan tanah rizab orang Melayu yang masih ada sekarang dan ia perlu diganti atau ditambah jumlahnya.

“ Dalam hal ini, satu kementerian khas berhubung tanah rizab orang Melayu perlu diwujudkan. Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga perlu memainkan peranan dalam mengembalikan kedudukan tanah rizab Melayu,’’ katanya.

Isu kedua kata beliau, sejak  pandemik Covid-19 melanda negara ini antara yang paling teruk terjejas ialah ekonomi orang Melayu.

Aminuddin berkata, keadaan itu jika tidak ditangani segera akan menyukarkan untuk orang Melayu bangkit semula dalam bidang ekonomi dan seterusnya boleh menjejaskan pembangunan negara.

Beliau berkata, satu usaha drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kedudukan ekonomi orang Melayu yang terjejas teruk.

“Ekonomi orang Melayu perlu diberi perhatian dan usaha harus dibuat untuk membolehkan orang Melayu bangkit semula.

“Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi menjana semula ekomomi orang Melayu,’’ katanyal. Antara usaha yang dilihat perlu dilakukan termasuk membuka lebih banyak peluang ekonomi yang berpotensi maju serta berkembang selain dalam bentuk dana sokongan bagi membolehkan orang Melayu bangkit semula dalam bidang ekonomi.