DUNGUN 19 Feb. – Tidak sampai 24 jam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah penduduk di Kampung Paya, Balai Besar di sini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun telah menggerakkan jentera prihatinnya untuk menghulurkan bantuan segera.

Setiausaha BERSATU Bahagian Dungun, Abdul Hakim Abdul Samad yang mengetuai jentera BERSATU prihatin itu telah menyerahkan sejumlah barangan dapur kepada keluarga mangsa.

Semua ahli  keluarga terbabit terselamat dalam kebakaran malam tadi.

Penyerahan barangan dapur itu, kata Abdul Hakim bagi meringankan bebanan keluarga terbabit yang terkesan akibat kebakaran berkenaan.

Beliau memberitahu, pihaknya bersyukur kerana ahli-ahli keluarga terbabit terselamat dalam kejadian itu.

“Kita sedar bebanan yang ditanggung oleh keluarga berkenaan yang kehilangan rumah mereka.

“BERSATU bahagian ini akan berbincang dengan keluarga terbabit untuk melihat bantuan atau pertolongan seterusnya yang boleh dihulurkan bagi membantu keluarga tersebut,’’ katanya.