PUTRAJAYA 24 Feb. – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, dalam pelancaran fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Turut menerima vaksin itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Suntikan penerimaan vaksin itu sebagai simbolik kepada pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Program tiga fasa ini bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama. Ia dijangka berlangsung hingga April depan.