KUALA LUMPUR 1 Mac – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melihat kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa memberi penekanan tehadap penyatuan Melayu di dalam negara ini.

Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya berpuasa hati sepanjang setahun Muhyiddin mentadbir negara terutama dalam isu penyatuan Melayu.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan akan bertindak lebih tegas pada masa depan dan tidak lagi bertolak ansur tentang masalah prinsip yang menjejaskan Melayu dan Islam

Menurutnya, ISMA juga berharap semua pihak dapat mempertahankan kesatuan yang sedia ada dan seterusnya mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi agenda Melayu serta Islam.

“Syukur perjuangan NGO untuk menyatukan parti Melayu dan membentuk kerajaan Melayu akhirnya berjaya.

“Kita berharap semua pihak dapat pertahankan kesatuan ini dan mengambil kesempatan ini untuk menaikkan agenda Melayu dan Islam,’’

“Kita berdoa agar kerajaan lebih tegas dan tidak lagi bertolak ansur tentang masalah prinsip yang menjejaskan Melayu dan Islam,’’ katanya.

“Semoga Allah SWT membantu kita semua dalam menjalankan amanahNya,’’ kata Aminuddin.