KUALA LUMPUR 9 Mac – “Saya terkejut membaca laporan mengenai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng mempermainkan murtad dengan kenyataan seolah-olah menyamakan murtad dengan menyertai parti baru.” kata Wan Saiful

“Murtad bukan satu perkara yang boleh diperkecilkan. Apatah lagi dipermainkan oleh Guan Eng sebagai perbandingan politik.”

Para pemimpin DAP perlu lebih sensitif dalam hal sebegini. Jangan pandang remeh urusan agama Islam dan jangan sesekali cuba memberi komen mengenai Islam kerana mereka jelas tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

*Pihak cuba pecah-belah, lemahkan Melayu adalah agen DAP, PH*

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan, mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan dan melemahkan Melayu merupakan agen DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, DAP dan PH jelas mahukan penjajaran baharu dan agen itu mungkin boleh datang dalam pelbagai bentuk.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah agen DAP dan PH.

“Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan PH memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Bersatu, Pas dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, perpecahan undi Melayu akan menghasilkan ketidakstabilan politik yang tidak sudah, lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.

Malah katanya, kestabilan itu penting untuk pembinaan semula ekonomi negara.

“Saya juga amat menghargai pandangan beliau (Tuan Ibrahim) yang dilaporkan berkata ‘Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat’.

“Pandangan beliau bersesuaian dengan akhlak berorganisasi dalam satu jamaah atau satu keluarga. Bila kita berada dalam sesuatu keluarga, maka janganlah sengaja timbulkan pandangan yang mengguris ahli keluarga.

“Kita mesti sentiasa menjaga semangat kekeluargaan, bukan kerap kali berusaha meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah, dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kerajaan fokus kepada kebaikan dan pembinaan ekonomi.

“Perkara yang mengusutkan suasana seharusnya simpanlah dulu. Jangan jadi agen merosakkan kestabilan politik negara.

“Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak, bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima enam orang saja,”