SHAH ALAM 11 Mac – Persetujuan menambah jumlah kuota haji untuk rakyat negara ini membuktikan bahawa kerajaan Arab Saudi begitu yakin dengan kebolehan serta kepemimpinan kerajaan Malaysia yang ada sekarang.

Pengerusi Yayasan Al-Amin yang juga penceramah bertauliah, Muhamad Abdullah Al-Amin memberitahu, walaupun negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama pandemik Covid-19, namun kerajaan Malaysia tetap berusaha mendapatkan kuota haji untuk Malaysia dan usaha itu kini terbukti berhasil.

“Ini satu perkembangan yang amat melegakan rakyat Malaysia serta menggembirakan ramai pihak terutama bakal haji.

“Apa yang penting ialah kerajaan Arab Saudi begitu yakin dengan kepemimpinan kerajaan Malaysia yang ada sekarang.

“Terima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini berita yang menggembirakan,” katanya.