KUALA LUMPUR 11 Mac – Perikatan Nasional (PN) Lembah Pantai mengeratkan lagi kerjasama dan yang terbaharu melalui program pengagihan sumbangan barangan makanan di Markas Pas Kampung Pasir di sini.

Dalam program bersama melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pas itu, sejumlah barangan makanan diagihkan untuk keperluan penduduk setempat.

Hadir pada program itu ialah Ketua BERSATU bahagian, Ir. Zainal Ariffin Osman dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar.

“PN Lembah Pantai akan melipatgandakan lagi program bersama kerana langkah ini bukan sahaja dapat mengeratkan perpaduan, malah menyelesaikan segala permasalahan penduduk.

“Melalui cara ini, kita bukan sahaja beroleh maklumat mengenai keperluan penduduk, juga memahami keperluan mereka,’’ kata Zainal.