1. Kami ingin menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Seri DiRaja Haji Muhyiddin Haji Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia dan seluruh barisan kabinet beliau.

2. Kami juga akan terus mendokong kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan, tidak terlalu berpolitik dan akan menitik beratkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19. Kami berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan.

3. Pada masa yang sama, kami akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi pilihanraya. Selari dengan itu, kami telah mengenalpasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi Perikatann Nasional Negeri Perak.

4. Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan Agama Islam, Bangsa dan Negara.

Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’Azumu
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Negeri Perak
Darul Ridzuan

Tuan Haji Razman Bin Zakaria
Pesuruhjaya Parti Islam Se Malaysia (PAS), Negeri Perak Darul Ridzuan