Saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan yang diambil untuk membenteras sindiket memonopoli projek-projek kerajaan. Mengikut laporan media, sindiket tersebut membolot projek-projek yang bernilai sehingga RM3.8 bilion.

Rasuah dan salah guna kuasa adalah barah yang merosakkan tadbir urus negara. Tindakan tegas perlu diambil segera dan secara berterusan. Kejayaan SPRM kali ini membuktikan bahawa usaha kerajaan memerangi rasuah tidak pernah berhenti. Para pegawai SPRM wajar dipuji kerana menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membersihkan gejala rasuah dalam negara.

Saya harap SPRM akan terus mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka. 

Sebagai parti yang ditubuhkan atas semangat memperjuangkan integriti dan memerangi rasuah, BERSATU akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang diambil oleh SPRM. Kita mesti bersihkan negara kita daripada label kleptokrasi dan rasuah yang pernah menghantui negara.

WAN SAIFUL WAN JAN
KETUA PENERANGAN BERSATU MALAYSIA