Semua parti politik digesa menghentikan segera perang politik dan sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam soal ibadah sepanjang Ramadan ini.

Juga menjadi harapan bahawa sikap menumpukan soal ibadah dapat diteruskan walaupun selepas Ramadan berakhir nanti.

Sehubungan itu, semua pihak sepatutnya menambah amal ibadah dan mengaut keberkatan dalam Ramadan ini dengan meneguhkan ketakwaan diri serta memperbanyakkan amalan soleh.

Umat Islam juga digesa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Ramadan ini terutama berkaiktan solat tarawih dan bazar Ramadan.

Soal mematuhi SOP ini amat penting dan jangan sekali-kali kita leka kerana perang melawan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Yakinlah bahawa dengan mematuhi SOP itu, insya Allah kita dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna lagi dengan keselamatan kita dipelihara oleh Allah SWT.

Jangan disebabkan ada segelintir yang enggan atau lalai dalam mematuhi SOP itu menyebabkan pandemik Covid-19 terus meningkat.

Jika ini berlaku, kemungkinan besar kebenaran solat berjemaah tarawih di masjid atau surau juga akan ditarik balik.

 

DZOWAHIR ABDUL GHANI
Ketua BERSATU Bahagian Alor Setar.