Kota Raja 20 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Raja menyasarkan untuk mengedar 1,400 pek bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Pengedaran bubur lambuk itu merupakan antara program menyantuni penduduk yang turut melibatkan pembabitan sayap Srikandi dan Armada. Pengedaran ini adalah inisiatif Ketua Bahagian BERSATU Kota Raja iaitu Tuan Wan Dzahanurin Ahmad.

Ketua Armada Bahagian Kota Raja, Muhammad Affendi Mohd Dilif memberitahu, setiap hari sebanyak 100 pek bubur lambuk akan diedarkan di Bazar Ramadan Jalan Kebun di sini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengedarkan 100 pek bubur lambuk setiap hari salama 14 hari sepanjang Ramadan.

“Pengedaran bubur lambuk kepada orang ramai oleh sukarelawan Armada bahagian ini dilakukan di Bazar Ramadan Jalan Kebun dan turut disertai Srikandi dan jawatankuasa BERSATU Bahagian.

“Dalam tempoh tidak sampai satu jam, 100 pek bubur lambuk itu selasai diedarkan dan sambutan orang ramai memang menggalakkan,” katanya.

Turut hadir Ketua Srikandi Bahagian Kota Raja, Sharifah Rosaliza.

Beliau berkata, pada mulanya program tersebut hendak diadakan hanya sehari namun memandangkan ia mendapat sambutan ramai, kami setuju untuk mengedarkan bubur lambuk itu selama 14 hari.

“Kita lanjutkan pengedaran bubur lambuk ini selama 14 hari atas permintaan orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Kebun ini,” katanya.