Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada PDRM kerana telah mengambil tindakan segera terhadap iklan judi hari raya. Juga terima kasih kepada NGO-NGO yang tampil dengan berani membuat laporan polis.

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato’ Saifuddin Abdullah juga telah mengambil tindakan dengan mengarahkan penyedia platform seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan atau mengeluarkan kandungan yang tidak menepati piawaian kerajaan.

Jelas sekali kerajaan Perikatan Nasional bertindak tegas terhadap syarikat dan penerbit yang terlibat menghasilkan video iklan judi hari raya. Video itu terang-terang tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan perbuatan itu turut menghina kedudukan agama Islam dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Tindakan tegas oleh kerajaan Perikatan Nasional membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membenteras aktiviti terlarang dan pada masa yang sama sentiasa menjaga sentimen umat Islam.

Saya mengesa agar pelaku diheret ke mahkamah dan dihukum maksimum mengikut peruntukan perundangan sedia ada supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa jua selepas ini.

 

DATUK SUHAILI ABDUL RAHMAN
AHLI MAJLIS TERTINGGI BERSATU MALAYSIA