Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, yang membayangkan UMNO mempunyai ramai calon pemimpin untuk diangkat sebagai calon PM secara tanpa sedar mengakui bahawa parti itu tidak ada keyakinan penuh terhadap kesesuaian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

Kenapa Shahril sendiri takut untuk mengangkat nama Ahmad Zahid sebagai satu-satunya calon yang layak sebagai PM daripada UMNO? Adakah Shahril merasakan Ahmad Zahid mempunyai masalah dan sudah tidak layak? 

Situasi ini berbeza dengan Perikatan Nasional yang tuntas mencadangkan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal menjadi Perdana Menteri selepas PRU15.

Seperti yang disebut sebelum ini oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, tidak ada sesiapa boleh mencabar rekod dan komitmen Muhyiddin dalam membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah negara. 

 

HIZWAN AHMAD
AHLI BIRO PENERANGAN BERSATU MALAYSIA

https://facebook.com/1466006540330480/posts/2851022535162200/