Kaji selidik Merdeka Center mendapati ‘approval rating’ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini amat baik dan stabil iaitu 67% positif dikalangan pengundi Semenanjung Malaysia. Merdeka Center juga mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri amat kuat dikalangan pengundi Melayu (83%) yang merupakan majoriti penduduk Malaysia. 

Sebahagian besar pengundi (74%) menghargai keprihatinan Kerajaan PN dalam menjaga kebajikan rakyat ketika dirundung wabak COVID-19. Disamping itu juga, 70% daripada pengundi merasakan Kerajaan PN menangani wabak COVID-19 dengan cekap dan teratur. 

Keyakinan terhadap pengurusan wabak ini, termasuk dasar-dasar dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan, adalah penting kerana usaha memerangi wabak ini memerlukan kerjasama dan sokongan setiap rakyat  bagi memastikan kejayaan kita semua.

56% pengundi bersetuju bahawa Kerajaan PN mempunyai ‘visi dan perancangan yang jelas’ bagi mengembalikan kekuatan ekonomi Malaysia yang jatuh akibat daripada wabak ini, disamping kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan-kerajaan yang lalu.

Hasil kaji selidik ini mencerminkan keyakinan kukuh pengundi terhadap prestasi Tan Sri Muhyiddin serta Kerajaan PN pimpinan beliau dalam menguruskan ekonomi negara serta kebajikan rakyat. 

Pembangkang kerap mengapi-apikan sentimen rakyat dengan pelbagai tohmahan dan gimik murahan untuk memberikan persepsi buruk terhadap Kerajaan. Bagi saya ini adalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Sebenarnya rakyat memperakui keprihatinan Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan PN dalam menjaga kebajikan mereka, disamping ketelusan dan integriti kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab. Alhamdulillah, kebenaran tetap terbukti!

 

YB DATO WIRA MAS ERMIEYATI SAMSUDIN,
NAIB KETUA SRIKANDI BERSATU MALAYSIA