Saya sambut baik kenyataan terkini YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pelaksanaan Undi 18. Memang seharusnya sebarang kekangan terhadap pelaksanaan Undi 18 diselesaikan segera oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Undi 18 merupakan satu usaha untuk mengiktiraf hak dan kebolehan golongan muda dalam negara. Golongan muda mempunyai pemikiran politik yang berbeza.

Mereka tidak terikat dengan “baggage” atau bebanan sejarah yang menghantui ramai ahli politik lain. Mereka juga tidak begitu terikat dengan afiliasi kepartian yang tetap. Semua ini akan menyumbang kepada pertimbangan yang rasional apabila membuat keputusan politik, lantas menghasilkan persaingan politik antara parti yang lebih baik dan lebih sihat dalam negara kita.

Saya kekal menyokong usaha-usaha kerajaan PN dan keputusan terkini kabinet untuk melaksanakan Undi 18.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN,
KETUA PENERANGAN BERSATU MALAYSIA