KOTA MELAKA 2 Mei – Program Ramadan Prihatin anjuran BERSATU Parlimen Kota Melaka di Masjid Al Khairiah  Telok Mas di sini mendapat sambutan ramai dan meriah apabila kira-kira 50 murid sekolah kebangsaan diberikan sumbangan.

Kalangan murid itu menerima  duit raya selain simpanan untuk tabung
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) (PTPTN).

Selain BERSATU Parlimen Kota Melaka, sumbangan juga diterima dari MAIM Industries Sdn. Bhd., anak syarikat Majlis Agama Islam Melaka.

Turut menerima sumbangan ialah sebanyak 50 keluarga B40 dalam bentuk duit raya serta barangan dapur seperti beras dan beberapa barangan harian lain.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua BERSATU Bahagian Parlimen Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan turut dihadiri Pengurus Besar PTPTN Negeri Melaka, Mas Anisah Ayu Othman.

“Sumbangan kepada murid serta keluarga B40 itu sebagai persediaan mereka menyambut Aidilfitri.

“Manakala sumbangan dalam bentuk simpanan SSPNi pula sebagai galakan menabung untuk masa depan pendidikan para murid,” kata Hishamuddin yang juga Pengerusi MAIM Industries Sdn. Bhd.

Di samping itu, sumbangan barangan barangan keperluan dapur juga disampaikan kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan selain RM2,000 untuk masjid berkenaan menjalankan aktivitinya.