Hari ini begitu keras respons dari kem bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila dikatakan beliau tidak mempunyai ‘moral standing’ lagi dalam politik Malaysia.

Berduyun-duyun juga bala tentera siber upahan dan juga penyokong tegar turut bersama mempertahankan ‘boss’ kesayangan mereka.

Hakikatnya Najib hanya berlakon. Najib sebenarnya sedang cuba sedaya upaya memadamkan ingatan rakyat terhadap segala tuduhan kleptokrasi dan rasuah yang dihadapi beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sememangnya Najib tidak mempunyai sebarang asas moral atau integriti untuk berlakon seolah-olah baik. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan seluruh dunia tahu betapa Najib inilah yang dituduh merompak negara berbilion-bilion ringgit.

Najib inilah yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassindan menggantikan Muhyiddin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila Muhyiddin bertegas melawan rasuah dan salah guna kuasa.

Najib inilah juga yang telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati BERSALAH terhadap tujuh tuduhan PECAH AMANAH, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram. Ini semua kesalahan jenayah.

Ini bukan fitnah, bukan tuduhan tidak berasas mahu pun ejekan. Ini adalah fakta sebenar yang kem beliau berusaha keras untuk kuburkan dari naratif dan perbualan rakyat.

Jadi, apabila Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengatakan bahawa Najib ‘tidak mempunyai‘moral standing’, sebenarnya panggilan itu boleh dianggap masih terlalu berdiplomasi.

Hakikatnya Najib adalah seorang yang telah dijatuhI hukuman akibat kesalahan jenayah besar terhadap rakyat Malaysia.

Saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan asakan politik Najib kerana rakyat tahu beliau sedang cuba mengubah persepsi rakyat.

Mungkin Najib takut satu hari nanti rakyat akan menggelar beliau sebagai penjenayah.

MOHD. YAZID MOHD. YUNUS
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU merangkap
Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Pahang