Sejarah membuktikan bahawa Israel bukanlah sebuah negara akan tetapi pangkalan militan pengganas yang ditubuhkan pada 14 Mei 1948 melalui peperangan.

Sejak penubuhannya ia tidak membawa sebarang faedah kepada umat manusia selain meragut nyawa bangsa Palestin dan negara Islam lain.

Oleh yang demikian negara-negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel, sebaliknya menyokong perjuangan Palestin sejak revolusi 1979.

Hampir setiap tahun polis dan tentera Israel bertempur dengan ratusan rakyat Palestin, di mana baru-baru ini militan pengganas ini melepaskan peluru getah dan bom tangan di perkarangan masjid Al-Aqsa semasa umat Islam sedang beribadah dalam bulan Ramadan.

Sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin  dilaporkan cedera di Al-Aqsa dan di tempat lain di timur Baitulmuqaddis, manakala Palang Merah Palestin melaporkan, mereka membuka sebuah hospital lapangan kerana wad kecemasan sudah penuh.

Selain itu, kumpulan militan pengganas Israel ini juga telah menceroboh Kota Lama dan mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.

Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia tidak mengira latar belakang kaum untuk mengecam dan memprotes tindakan militan pengganas ini di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah pun mengeluarkan amaran di mana pengusiran secara paksa pada bulan Ramadan ini akan membawa kepada ‘jenayah perang’.

DZOWAHIR ABDUL GHANI 
Ketua bahgian BERSATU  Alor Setar