Ketika Aidilfitri memasuki hari kedua, sewaktu rakyat masih diancam peningkatan kes Covid-19 serta tumpuan dunia terhadap apa yang berlaku di Gaza, boleh pula seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO seorang ini menyatakan sokongan terhadap sekumpulan Mat Rempit yang melanggar SOP dan PKP merusuh di Batu Pahat, Johor.

Adakah sokongan terhadap para pelanggar undang-undang negara itu turut direstui kepemimpinan UMNO yang lain? Memusuhi kerajaan yang di dalam ada dianggotai oleh tokoh-tokoh pemimpin mereka sendiri? 

Sokongan bekas Ahli Parlimen yang tewas di tempat sendiri itu terhadap para perusuh juga bagaikan suatu penentangan terhadap nasihat serta seruan Yang di-Pertuan Agong terutama menjelang Aidilfitri supaya rakyat semua menjaga diri, patuhi SOP dan beraya di rumah demi nyawa masing-masing.

UMNO wajar mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana orang seperti ini yang kuat menghasut ketika perintah Darurat masih diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika ini. 

DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia