Pemimpin DAP, Teng Chang Khim dianggap biadap dan berlagak seperti ‘Yahudi’ kerana mengkritik tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

Tindakan Chang Khim ini sangat tidak bermoral dan merupakan contoh yang tidak baik daripada seorang pemimpin negeri kepada golongan belia dan rakyat negeri Selangor.

Sebagai seorang pemimpin beliau perlulah menunjukkan contoh dan peka terhadap isu global yang sudah berpuluh tahun belum selesai. 

Chang Khim sepatutnya bekerja untuk membantu rakyat Selangor kerana Covid 19 sedang menyerang Selangor dengan begitu tinggi. 

Persoalan saya apa bantuan yang telah anda lakukan untuk rakyat Selangor? Tanggungjawab menjaga rakyat bukan terletak pada kerajaan Pusat sahaja, malah semua wakil rakyat yang dpilih melalui pilihan raya, tambahan seorang wakil rakyat yang memegang portfolio yang penting di Selangor, negeri paling tinggi kes jangkitan Covid.

Isu rampas haram kerajaan Zionist ke atas tanah milik rakyat Palestin dan pembunuhan sewenangnya oleh puak Zionis bukanlah isu yang dibuat. 

Semua sedia maklum Israel Zionist telah pun melanggar lebih 20 resolusi ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini merupakan isu global seperti juga Covid 19.

Adakah tindakan Chang Khim kerana terdapat perjanjian dengan israel untuk melabur di negara ini? Di mana Menteri Besar Selangor? Apa sumbangan Exco anda ini pada negeri? 

 

ASYRAF HALIM 

Timbalan Pemuda Perikatan Nasional Selangor

Merangkap Ketua Bahagian Subang