Sangat faham kos operasi portal berita seperti FMT sangat menekan khususnya dalam keadaan hari ini. Namun saya nasihatkan FMT agar lebih bertanggungjawab dan menjaga integriti portal berita kerana jika ia hanya berita propaganda tanpa asas dan ditulis bagi pihak orang tertentu maka lebih baik dilabelkan ADVERTORIAL. 

Tulisan tersebut jelas bahan propaganda sampah pihak yang tak sudah sudah lapar kuasa. Ini jelas merujuk perenggan tertulis kononya “beberapa pemimpin politik termasuk seorang pemimpin Umno dan seorang bekas PM berkemungkinan tubuh kerajaan”. Tulisan ini juga menyambung usaha kumpulan lapar kuasa yang secara biadap turut mengheret nama DYMM YDPA.

FMT dicabar menamakan konon wujud sumber dalaman tersebut ? Pasti tidak mampu kerana ia hanya propaganda kosong dan tidak perlulah FMT berselindung terus sahajalah namakan pemimpin Umno itu sebagai Tengku Razaleight dan bekas PM itu sebagai Mahathir Mohammad juga tulisan itu sebagai ADVERTORIAL dari kem pengampu mereka.

Kepada FMT dan kumpulan lapar kuasa sudah sudahlah hidup dalam ilusi sendiri. 

Dalam isu kononnya tidak ada pemimpin tegas atau dominan, perlu diingatkan latar masa kini berbeza dan corak kepimpinan kini berbeza. Kita bukan di zaman PM yang dikuasai budak tingkat 4 atau zaman PM yang dikuasai PM Boys atau PM dikuasai anggota keluarga (isteri). Zaman PM yang berkuasa dominan ego tak mendengar nasihat juga telah tidak sesuai.

PM hari ini bertindak sesuai dengan masa dan keadaan. Bekerja dalam pasukan tanpa wujud kelompok keliling yang menyusun itu dan ini. Musyawarah dalam memutus, wasyatiah dalam bertindak dan yang penting tindakan menyeluruh dengan tidak ada yang tercicir. No One Left Behind… ya itu sasaran juga itulah yang sedang dilakukan bukan aksi politik tegas melaung tapi kosong.

Namun adakah PM atau kerajaan tidak boleh ditegur… tidak!, tegurlah dan terus asaklah agar keadaan sentiasa diperbaiki. Bagi saya pula dalam isu pentadbiran kerajaan dilihat sentiasa cuba diperbaiki dan ia baik. Cuma kerajaan hari ini bukan gagal mentadbir tapi sedikit gagal mengurus isu dan persepsi. Kerajaan hari ini perlu fokus sedikit perihal penerangan dan pengurusan isu kerana golongan lapar kuasa sentiasa cuba mengelirukan dan meresahkan massa rakyat.

 

Che’Gu Bard