SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan tegas dan memecat Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni kerana secara terang-terangan menghina Yang di-Pertuan Agong.

 

Wan Saiful berkata, sekiranya PKR tidak berbuat apa-apa, ia bermaksud parti itu merestui ahli mereka menghina Yang di-Pertuan Agong.

 

“Jika PKR diam, itu maksudnya PKR redha Institusi Raja-Raja Melayu dipermainkan. Jika PKR tidak memecat Iswardy Morni, itu tandanya PKR melalui ahli-ahli seperti Iswardy sengaja membiarkan sentimen negatif tersebar terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 

Artikel Asal Di Sinar Harian: Wan Saiful cabar PKR pecat Iswardy