Hari ini dua kenyataan penting telah dikeluarkan, satu daripada Peguam Negara dan satu lagi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kenyataan-kenyataan tersebut memberi penjelasan yang tuntas mengenai pelaksanaan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam negara kita. 

Penjelasan yang dibuat melalui kedua-dua kenyataan ini sepatutnya meredakan suhu yang sengaja dipanaskan oleh mereka yang berkepentingan.  

Saya sering sebutkan bahawa tumpuan kita pada masa ini mestilah untuk menangani cabaran wabak COVID-19 dengan cara yang terbaik supaya kita #menangbersama. Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan betapa kerajaan sentiasa memastikan semua peraturan dan perundangan dipatuhi, selaras dengan tekad kita untuk menjulang kedaulatan undang-undang (rule of law).

Negara kita pernah rosak kerana tidak menghormati rule of law dan menurut kehendak beberapa orang ahli politik yang tamakkan kuasa dan harta. Kita tak mahu situasi itu berulang. 

Kita tidak perlukan politik keterlaluan pada masa ini kerana ia hanya akan memesongkan fokus kita daripada keutamaan yang sepatutnya. Saya harap dengan penjelasan yang sebegitu jelas, kita boleh kembalikan fokus kita kepada keutamaan sebenar iaitu menangani COVID-19 dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Tinggalkan saja mereka yang mahu mempolitikkan segala-galanya dan kekalkan fokus kita kepada rakyat. 

#MenangBersama 

#KerajaanPrihatin 

 

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN

KETUA PENERANGAN BERSATU MALAYSIA