KENYATAAN MEDIA

 

1. ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik pengumuman pakej PEMULIH yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

2. ARMADA amat bersyukur kerana dua isu yang diangkat kepada Kerajaan Malaysia telah diterima baik dan diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pakej ini iaitu moratorium automatik sehingga hujung tahun serta pengeluaran simpanan KWSP untuk mereka yang layak.

 

3. Langkah-langkah yang diumumkan amatlah kritikal untuk mengekalkan kecairan dalam ekonomi di akar umbi, memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan (meltdown), serta membuat persediaan untuk memacu fasa pemulihan apabila ekonomi dibuka secara beransur-ansur nanti.

 

4. Untuk menyokong PEMULIH, rangkaian ARMADA di seluruh Malaysia sedia main peranan melalui program #ArmadaPrihatin dan usahasama dengan rakan sayap pemuda Perikatan Nasional untuk membantu rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan dan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS mikro) untuk mendapatkan manfaat daripada program-program yang ditawarkan.

 

5. Sekali lagi ARMADA Bersatu Malaysia berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keprihatinan kepada keluh kesah rakyat dan mendengar pandangan-pandangan yang diutarakan sepanjang beberapa libat urus yang kami pelopori sebelum ini.

 

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL

Ketua ARMADA Nasional, merangkap Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional