Ketua Penerangan BERSATU Kubang Pasu, Shaiful Shamri Shauri @ Sauddi berkata, dengan lebih ramai penduduk mendapat suntikan vaksin akan memboleh mereka kembali bekerja.

 

Dalam pada itu, katanya, peningkatan pemberian vaksin itu dapat menyekat penularan pandemik Covid-19 dan seterusnya menurunkan jumlah kes harian.

 

 

“Ramai mengadu kehilangan pendapatan terutama mereka yang bekerja mendapat upah gaji harian seperti di kedai-kedai runcit dan sebagai.

 

“Harapan kita, apabila lebih ramai mendapat vaksin, kes Covid-19 dapat disekat seterusnya menurun jumlah kes harian.

 

“Jika ini dapat direalisasikan maka kawasan Kubang Pasu dapat bebas dari pandemik seterusnya membolehkan sektor pekerjaan termasuk golongan tani dapat bekerja semula,” katanya.

 

Di samping itu, beliau berharap agar lebih banyak bakul makanan dapat diberikan kepada penduduk yang terkesan akibat Covid-19.

 

“Kita sedar permasalahan dihadapi penduduk yang kehilangan pendapatan. Pada masa ini bakul makanan amat diperlukan untuk mereka.

 

“BERSATU Kubang Pasu akan terus berusaha membantu penduduk terbabit termasuk dari segi pemberian bakul makanan. Memang BERSATU Kubang Pasu fokus menyelesaikan masalah penduduk.

 

“Penduduk juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad dan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang sentiasa turun padang menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk,” katanya.