SHAH ALAM 7 Julai – Badan Pimpinan BERSATU Selangor menempelak sikap kurang sopan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu  terhadap anggota polis.

 

Sikap Ronnie itu membuktikan ahli DAP berkenaan tidak menghormati pasukan polis sama sekali.

 

Sebagai pemimpin politik Ronnie sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat.

 

Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor merangkap ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, DAP patut kenakan  tindakan disiplin terhadap Ronnie.

 

Beliau berkata, polis juga perlu menggunakan peruntukan sedia ada untuk mendakwa Ronnie kerana sikap kurang sopannya itu.

 

Di samping itu beliau berkata, 

jika rakyat boleh patuh peraturan, Ronnie sebagai pemimpin dan ahli politik juga perlu berbuat demikian.

 

” Malah, kita juga perlu tunjukkan teladan yang baik dengan patuhi peraturan dan undang-undang berkaitan SOP dan PKP,” katanya.

 

Beliau mengulas tindakan Ronnie Liu yang merentas sempadan untuk ke Raub.

 

Tindakan Ronnie itu telah menimbulkan kemarahan nitizen yang secara langsung mahu polis mengambil tindakan tegas 

 

Abdul Rashid berkata, polis perlu menyiasat dan bertindak tegas terhadap Ronnie jika benar pemimpin DAP itu melanggar PKP.

 

Katanya, kepemimpinan DAP juga harus mendisiplinkan ahli-ahlinya tanpa mengira ahli biasa atau pemimpin.

 

“Apakah DAP berani mengambil tindakan terhadap Ronnie.

 

” Jika DAP berdiam diri bermakna mereka setuju tindakan Ronnie melanggar peraturan dan undang-undang,” katanya.