PADANG SERAI 9 Julai – Pendekatan #kerajaanprihatin terbukti apabila BERSATU Bahagian Pokok Sena menyantuni keluarga Azmi Zain yang bukan sahaja kehilangan rumah tempat berteduh, malah seorang anaknya terkorban dalam kebakaran.

Dalam tragedi malang itu, anak perempuan keluarga terbabit yang merupakan orang kurang upaya (OKU) terkorban.

BERSATU Pokok Sena yang diketuai Ketua Bahagiannya, Mohamad Amri Wahab bersama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad telah menziarahi keluarga malang itu selain menyampaikan bantuan segera.

Program ziarah serta menyantuni itu dilakukan di Kampung Bohor, Bukit Pinang dekat sini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Bukit Pinang, Mukhtar Ahmad, Pertubuhan Amal Srikandi, Armada dan kepemimpinn BERSATU Pokok Sena yang lain.

 Mohamad Amri memberitahu, pihaknya terpanggil untuk membantu serta membela keluarga terbabit yang kehilangan tempat berteduh.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keluarga terbabit dalam kesedihan apabila hilang tempat tinggal serta anak yang disayangi.

“Kita hulurkan sedikit sumbangan dan akan terus berbuat demikian dari semasa ke semasa. 

“Usaha bahagian ini juga mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Exco, Halimaton Shaadiah. Terima kasih semua,” katanya.

Beliau seterusnya meminta pelbagai pihak agar terus membantu keluarga malang berkenaan.

“Insya Allah keluarga Azmi tidak keseorang dalam menghadapi pelbagai cubaan ini. BERSATU bahagian akan terus membantu mereka,” katanya.