KENYATAAN BERSAMA KETUA-KETUA PENERANGAN PARTI-PARTI DALAM

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

10 JULAI 2021

 

Hasil mesyuarat mingguan Ketua-Ketua Penerangan daripada parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas perlantikan sebagai TImbalan Perdana Menteri, dan juga kepada YB Dato Seri Hishammuddin Hussein atas perlantikan sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Kami menyokong perlantikan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-dua tokoh ini adalah pemimpin berpengalaman serta berkebolehan untuk membantu YAB Tan Sri Muhyiddin memimpin negara. Kami mendoakan agar perlantikan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama erat yang sedia ada antara parti-parti dalam kerajaan, dalam kerangka kita sebagai sebuah kerajaan yang telus, bebas rasuah, dan berintegriti.

Kami juga menghargai kesediaan kerajaan Perikatan Nasional mengambil kira pandangan YDP Agong mengenai keperluan persidangan Parlimen. Kesediaan kerajaan menasihati YDP Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan adalah satu langkah bijak untuk membolehkan penerangan yang tepat diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Kami juga mengalu-alukan pengumuman kerajaan bahawa semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh YDP Agong, serta butiran mengenai Pelan Pemulihan Negara, akan dibentangkan. Kami berharap sidang parlimen khas ini dijadikan medan membincangkan kepentingan rakyat dengan sepenuhnya, dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan,
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

CHIN VUI KAI
Ketua Penerangan,
Parti Maju Sabah (SAPP)

JEFFREY KUMIN
Ketua Penerangan,
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

KOO SHIAW LEE
Ketua Penerangan,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

DATUK V GUNALAN
Ketua Penerangan,
Malaysian Indian Congress (MIC)

CHAN QUIN ER
Pengerusi Biro Penerangan,
Malaysian Chinese Association (MCA)

KHAIRIN BADOR
Ketua Penerangan,
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

YONG LI NA
Setiausaha Penganjur Kebangsaan,
Parti Demokratik Progresif (PDP)

YB DATUK JULITA MAJUNGKI
Ketua Penerangan,
Parti Bersatu Sabah (PBS)

DATO’ IDRIS BUANG
Ketua Penerangan,
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

DATUK WILFRED NISSOM
Ketua Penerangan,
Parti Rakyat Sarawak

ADAM YII
Setiausaha Publisiti dan Penerangan Pusat,
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)