KUALA LUMPUR, 17 Julai — Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid yang juga Ahli Parlimen Terengganu menyumbang lima kerusi roda dan dua router wifi untuk kegunaan Masjid Pradong, di Hulu Terengganu pada Sabtu.

Sumbangan kerusi roda itu diberikan kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Beliau ditemui ketika melawat program “Outreach” Vaksinasi Peringkat Hulu Terengganu yang berpusat di SK Menerong, Ajil dan seterusnya di Masjid Peradong, Manir Hulu Terengganu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu juga berkata sebanyak 1,500 dos vaksin yang telah dikeluarkan pada program tersebut memberi manfaat kepada 1,500 orang penerima di SK Menerong, Ajil.

“Di Pusat Vaksinasi Masjid Peradong, Manir telah menawarkan dos pertama sebanyak 200 dos dan dos kedua sebanyak 200 dos kepada 400 penerima di DUN Manir.

“Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha dan kerja kita. InsyaAllah,” katanya.