KUALA LUMPUR, 24 Julai — Sebanyak 28,000 kampit beras diagihkan kepada golongan terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

Program bantuan makanan ini disumbangkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, melalui penghantaran pertama beras 10 kilogram pada Sabtu lalu.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil di DUN Bukit Panau, DUN Gual Ipoh dan DUN Kemahang untuk diagihkan kepada setiap rumah di kawasan masing-masing.

Program diteruskan dengan pemberian Bakul Makanan berupa barangan makanan asas kepada 28,000 rumah yang sama, di mana seramai 5,000 ibu tunggal mendapat manfaat tersebut.

Bagi mereka yang masih tidak menerima bantuan tersebut, sila hubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanah Merah di talian 017-9513438.