KUALA LUMPUR, 24 Julai — Penerangan BERSATU Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sebuah makalah “100 Program Politik Akar Umni” sebagai rujukan untuk diedarkan kepada Ketua Bahagian masing-masing.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata makalah itu mengandungi cadangan-cadangan program mudah yang dijalankan oleh Bahagian atau Cawangan, tanpa kos yang tinggi.

“Sebagai langkah kecil membantu usaha gigih yang dijalankan di Bahagian-Bahagian Bersatu, kami di Penerangan Pusat mengambil inisiatif menerbitkan sebuah makalah kecil “100 Program Politik Akar Umbi”.

“Makalah ini mengandungi cadangan-cadangan program mudah yang boleh dijalankan oleh Bahagian atau Cawangan, tanpa kos yang tinggi.

“Edaran untuk Ketua Bahagian, Ketua Srikandi Bahagian, Ketua Armada Bahagian, dan Ketua Penerangan Bahagian telah dimulakan, dan insha Allah akan sampai ke semua Bahagian tidak lama lagi. Semua naskah diserahkan melalui Ketua Bahagian masing-masing.

“Semoga dapat membantu gerak kerja kita semua,” katanya.