KOTA MELAKA, 8 Ogos – Turun padang dengan menziarahi rumah ke rumah dengan pematuhan SOP, Bersatu Bahagian Kota Melaka bersama Pas kawasan menguruskan pendaftaran vaksin melibatkan 30 keluarga.

Selain membantu pendataran vaksin, program ziarah itu turut disertai kepeminpin Pas kawasan dengan memberi pemahaman mengenai kepentingan vaksin.

Lebih menarik apabila peserta  program turut menguruskan permohonan bantuan daripada penduduk yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Melaka.

Setiausaha Biro Penerangan Bersatu Malaysia yang juga Ketua  Bersatu Bahagian Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata, kebanyakan penduduk yang terdesat untk mendapatkan vaksinasi selain kurang pemahaman mengenai, kini mula sedar setelah memperolehi maklumat yang tepat.

‘Ada yang belum mendaftar kerana sebab tertentu  tetapi kita telah uruskan dan mereka amat berpuas hati.

“Pendaftaran untuk vaksinasi dari rumah ke rumah ini amat berkesan kerana penduduk dapat bertanyakan pelbagai persoalan,” katanya.

Turut serta dalam program Perikatan Nasional itu ialah 

Zuhaidi Yusof, Pemangku Pas Kawasan Kota Melaka; Datuk Dr .Baba Md .Deni, 

Penyelaras Bersatu DUN Telok Mas serta Jawatankuasa Bahagian Bersatu dan Pas Kawasan Kota Melaka.

Dalam program mingguan itu, peserta turut  menyerahkan kotak makanan prihatin sumbangan dual Naib Presiden Bersatu iaitu  Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Hishamuddin menambah, dalam keadaan PKP dengan penduduk terjejas pendapatan mereka, ramai yang memohon bantuan daripada JKM dan MAIM.

“Hari ini kita bantu uruskan dan selesaikan permohonan mereka.

” Kita tidak mahu penduduk tertanya-tanya status permohonan mereka.

“Program ini mendapat kerjasama JKM dan MAIM,” katanya.