KUALA LUMPUR, 24 Ogos — BERSATU Balik Pulau menerima 217 borang keahlian baharu daripada penduduk di kawasan itu.

Majlis penyerahan borang permohonan ahli baharu itu disampaikan kepada Ketua Bahagian Balik Pulau Zolkifly Md Lazim di Pejabat BERSATU Balik Pulau, pada Isnin.

“BERSATU menjadi parti yang paling diminati sekarang.

“Setiap hari ada permohonan ahli baharu di Cawangan, sebab penduduk merasai pemberian Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden semasa jadi perdana menteri dan perkhidmatan cawangan parti menyampaikan semua bantuan kepada penduduk.

“Terima kasih Muhyiddin,” demikian menurut kenyataan di Facebook BERSATU Balik Pulau.