KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Mansor Othman mengetuai kumpulan ketiga timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Enam lagi adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Dr Santhara Kumar serta Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Anak Biju.

Selain itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin; Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

Istiadat turut disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.