KUALA LUMPUR, 1 Sept — ‘Anda tetap juara di hati kami’.

Demikian jelas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ‘nasib’ yang menimpa Muhammad Ziyad Zolkefli.

Jawatankuasa Rayuan Olahraga Para Dunia hari ini menolak rayuan atlet negara itu untuk membatalkan keputusan final lontar peluru F20 pada sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ziyad terlepas pingat emas acara berkenaan dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya berakhir.

Namun bagi Muhyiddin, rekod dunia yang dipecahkan Muhammad Ziyad adalah satu pencapaian yang amat istimewa dan menakjubkan.

“Biarpun keputusan jawatankuasa rayuan tidak memihak kita, kekal fokus. Anda telah melakukan yang terbaik untuk negara. Teruskan perjuangan,” katanya.