KUALA LUMPUR, 8 Sept — Pelbagai rintangan serta halangan dihadapi BERSATU sepanjang tempoh setengah abad penubuhannya, telah mematangkan perjuangan parti itu dalam usaha memperjuangkan nasib rakyat.

Ketua Penerangan Armada BERSATU, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, walaupun penubuhan BERSATU dilihat masih baharu, namun hakikatnya pelbagai rintangan dan halangan telah dihadapi sepanjang tempoh lima tahun penubuhan parti itu.

“Biarpun kelihatan masih baharu, hakikatnya pelbagai rintangan telah kita lalui sepanjang tempoh separuh dekad ini.

“Rintangan dan halangan itulah yang mematangkan hayat perjuangan kita dan kita akan kekal bersatu untuk terus mengorak semangat demi membawa obor perjuangan demi rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Ashraf berkata, Armada BERSATU akan terus membawa semangat dan perjuangan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Armada BERSATU akan kekal menjadi denyut nadi perjuangan BERSATU dan bertaat setia membawa semangat Presiden demi khidmat politik kepada masyarakat.

“Terima Kasih Abah (Muhyiddin) atas segala jasa bakti yang membaja semarak perjuangan ini.

“Salam perjuangan buat semua orang BERSATU, Salam Ulangtahun Kelima, penubuhan Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

“Demi Malaysia, Kita Bersatu,” katanya.